Nav Bar

Tuesday 1 December 2015

Pak Yus Jambu Meninggal Dunia, Siti Nurhaliza zahirkan ucapan takziah


'Boleh tuju lagu?'....
Itulah antara ayat killer yang menjadi tagline Pak Yus Jambu atau nama sebenar Yussry bin Edoo. Sekarang ungkapan itu pasti dirindui apabila pemiliknya telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang pada jam 12.15 tengah malam, 30 November 2015. Arwah dikejarkan ke hospital setelah rebah usai persembahan Raja Band di Dataran Merdeka semalam. Acara tersebut telah sempat dipromosi oleh arwah menerusi mesej terakhirnya di instagram.


Pemergian arwah Pak Yus akibat serangan jantung telah mengejutkan ramai pihak. Pastinya telatah dan  aksi lawaknya akan dirindui dan Dato Siti Nurhaliza merupakan salah seorang ribuan penonton yang turut tercuit hati dengan setiap jenaka-jenaka arwah. Siti menerusi intagramnya turut menzahirkan ucapan takziah dan Al-Fatihah kepada arwah Pak Yus yang disifatkan sebagai insan yang sentiasa mengembirakan hati insan lain.


Sebelum ini arwah Pak Yus pernah dimasukkan ke hospital dan disahkan menghadapi masalah jantung akibat kolestrol yang tinggi. Namun, arwah kembali pulih untuk meneruskan pekerjaan seperti biasa dan telah merancang untuk berkahwin. Ramai kenalan menyifatkan arwah merupakan insan yang sangat baik, peramah dan pemurah. Kesusahan yang dialami tidak pernah dijaja dan kesenangan yang diraih dikongsi bersama. Jenazah Pak Yus selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Nesam selepas disembahyangkan di Masjid Nurul Iman Bintong kira-kira pukul 2.45 petang tadi. Marilah kia berdoa agar roh Pak Yus dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin.

Sumber : IG Pak Yus , IG Siti Nurhaliza

AL-FATIHAH

No comments: