Nav Bar

Friday 13 November 2015

Hamil 2 Bulan - Respon Pihak Siti Nurhaliza



Gara-gara penulisan akhbar Utusan yang dikhabarkan berjaya mendapat pengesahan daripada sumber terdekat bahawa Siti Nurhaliza sah hamil, spekulalsi seminggu yang lalu hangat kembali. Sumber tersebut mengesahkan bahawa Siti sudah hamil 2 bulan dan masih merahsiakan perkara tersebut kerana masih terlalu awal. Perkara ini dikuatkan lagi apabila Siti tidak menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak tirinya, Asyraf Khalid dan Tya Arifin di Palembang, Indonesia atas nasihat doktor.



Ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Siti sebelum ini yang menafikan yang beliau mengandung. Tetapi jika diamati sendiri, Siti Nurhaliza tidak pernah pun mengiyakan atau pun menafikannya perkara tersebut. Mengimbas kembali kenyataan beliau pada Konsert Satu Suara Volume 2,
"Belum masanya untuk Siti bercerita tentang perkara tersebut dan Siti lebih fokus kepada Konsert Satu Suara. Tetapi sekiranya itu adalah doa,doa yang baik utk diri Siti…Siti mohon semua doakan semoga ia jadi kenyataanlah"
Keadaan yang tengah hangat ini menyebabkan satu kenyataan dikeluarkan oleh pengurus Siti yang juga kakak ipar beliau yang meminta semua pihak bersabar dan memberi Siti ruang. Sekiranya terdapat berita daripada sumber terdekat,pihak mereka tidak mahu mengesahkannya. Kak Rozi menyatakan Siti sendiri akan membuat pengumuman apabila masa yang sesuai tiba.


Jika anda pembaca yang bijak, sudah tentu faham maksud disebalik semua kenyataan yang telah diberikan oleh pihak Siti setakat ini. Sesetengah pihak berseloroh bahawa keadaan 9 tahun lepas akan kembali tercetus di mana semua pihak akan berterusan mengejar skop hangat seperti perkahwinan Siti dan Datuk K dahulu.

Semoga Kak Siti dan keluarga sentiasa dilindungi Allah dan impian untuk memiliki cahaya mata sendiri termakbul. Segala yang terbaik hanya dari-Nya. Semua sayang Kak Siti dan sentiasa mendoakan segala kebaikan untuk diva kesayang ramai, Dato Siti Nurhaliza.

Adakah Siti akan mencipta lagu berhantu seperti Biarlah Rahsia?

No comments: