Nav Bar

Tuesday 1 December 2015

"Allah SWT pinjamkan Anugerah ini untuk seketika" - Redha Siti Nurhaliza



"Alllah S.W.T tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya."
Sesungguhnya khabar sedih yang disampaikan oleh penyanyi tersohor tanah air, Dato Siti Nuhaliza pada tanggal 1 Disember telah merungkai tanda tanya orang ramai terhadap keadaannya. 'Siti junior' atau 'DK junior' yang dinantikan seluruh peminat tidak kesampaian apabila Siti Nurhaliza telah mengesahkan kegugurannya setelah 2 bulan hamil.
Jika semalam industri seni bersedih di atas pemergian Pak Yus Jambu, hari ini Siti Nurhaliza meluahkan berita kegugurannya. Siti tidak sempat untuk berkongsi kegembiraannya kepada semua kerana menyifatkan kandungannya masih fragile untuk diumumkan. Namun, kuasa Allah tidak siapa dapat menghalang dan Siti redha serta bersyukur di atas setiap yang berlaku.
"Ternyata , Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.."
Laman instagram milik penyanyi suara merdu ini dihujani dengan ribuan komen dan ucapan takziah yang bersimpati dengan keadaan beliau. Mereka turut merasai dan memahami kesedihan tersebut. Ramai yang mendoakannya agar bersabar dan percaya bahawa suatu hari nanti impian Siti Nurhaliza untuk menimang cahaya mata pasti termakbul.

Kini, Siti Nurhaliza sedang menjalani pantang dan akan meneruskan aktiviti seni seperti biasa apabila sudah kembali pulih. Semoga Siti berehat secukupnya dan banyakkan bersabar dalam mengharungi dugaan yang mendatang ini.

Sumber : IG Siti Nurhaliza 

Bersabarlah Kak Siti, kami Sitizoners akan sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan Kak Siti sekeluarga.


1 comment:

quanelaulmer said...

Casinos with Gold Casino - DrmCD
At 당진 출장마사지 this time of year, it's clear that casino players are heading to a different state. It's also 제주도 출장안마 true that 목포 출장샵 casino players are visiting 인천광역 출장샵 casinos 광주 출장샵 as