Nav Bar

Sunday 20 December 2015

Langgar Pantang Lagi, Siti Nurhaliza Terbang ke D'Academy Asia


Nampaknya belum habis berpantang akibat keguguran, pelantun suara merdu Dato' Siti Nurhaliza telah pun terbang ke Indonesia. Beliau diundang sebagai komentar jemputan bagi sebuah rancangan pertandingan nyanyian yang melibatkan empat buah negara iaitu Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia sebagai tuan rumah. Siti hadir sebagai komentar untuk rancangan itu selama dua hari, 18 dan 19 Disember 2015.


Ternyata kehadiran diva pop Malaysia ke Indonesia mengundang kemeriahan acara. Aura 20 tahun dahulu di Indonesia tidak pernah pudar. Bukan sahaja para peminat Indonesia dan peserta malah pengacara dan juga komentar dari negara jiran yang lain turut mengagumi Siti Nurhaliza. Bagi penyanyi Indonesia seperti Soimah dan Saipul Jamil yang mengidolakan Siti sejak zaman remaja lagi, aksi spoatan dan keramahan Siti pada malam tersebut menjadi kenangan terindah buat mereka.

D'Academy Asia merupakan pertandingan lagu irama Melayu dan dangdut. Setiap peserta akan mendendangkan lagu pilihan dan komentar berperanan untuk memberi komen dan tunjuk ajar manakala markah diberikan oleh 4 juri dari setiap negara seperti Pak Ngah dan Zul 2 by 2 yang mewakili Malaysia. 


Malam semalam, seorang lagi peserta Malaysia kecundang di peringkat separuh akhir Kumpulan A iaitu Syuhada, artis rakaman Suria Record. Sebelum ini, Hazman dan Mimi O.N.E telah pun meninggalkan pentas lebih awal. Sekarang sandaran diletakkan pada Shiha Mentor dan Fitri. Nampaknya negara lain tidak mampu mengatasi peserta Indonesia apabila 3 peserta mereka telah pun mara ke peringkat akhir.

Pengaruh Siti Nurhaliza yang masih utuh di negara jiran perlu menjadi teladan bagi artis-artis baru. Bakat yang dibawa beliau telah menempa namanya sebagai lagenda yang dihormati terutamanya di pelusuk Nusantara. Apapun Siti dikhabarkan akan bercuti hujung tahun ini bersama keluarga tercinta. Semoga istirehat sepenuhnya dan tenangkan fikiran banyak-banyak. Selamat bercuti!!!!!

11 hari lagi nak sambut Tahun Baru 2016 dan tambah 11 Hari lagi Hari Jadi Kak CT.
SELAMAT HARI JADI KAK CT.... Luv U Sesangat!!!!!!

No comments: