Nav Bar

Monday 9 November 2015

Siti Nurhaliza mengandung, Spekulasi dan Harapan.

Hanya spekulasi namun pagi ini, hampir kebanyakkan pihak akhbar mahu pun blogger kecoh memaparkan isu diva yang disayangi Dato Siti Nuhaliza mengandung. Isu hamil ini bukan kali pertama dibangkitkan namun kali ini lebih hebat. Gara-gara hanya kerana sekeping gambar susu campuran kurma yang dimuat naik di instagramnya. Ini dikuatkan lagi dengan doa dan gurauan Hetty Koes Endang semasa Konsert Satu Suara Volume 2.

 

Konsert yang berlansung meriah selama dua hari 7hb dan 8hb membabitkan perkongsian pentas lagenda 3 negara iaitu Siti sendiri, Dato Ramli Sarip dan Hetty Koes Endang. Pada konsert tersebut, Hetty telah mengusap perut Siti sambil mendoakan semoga Siti cepat hamil. Sehingga saat ini, Siti tidak membuat sebarang pengesahan terhadap khabar angin tersebut. 

Dato Siti yang ditemui selepas konsert tidak menidak mahupun mengiyakan berita tersebut dan meminta masa untuk mengulas perkara tersebut. Jawapan yang diberikan inilah yang mengundang tanda tanya dan instagram beliau tidak putus dihujani ucapan tahniah daripada semua pihak terutamanya Sitizoners yang  semestinya tidak sabar meraikan kegembiraan ini.

Walaupun isu mengandung ini hanya spekulasi dan jika ternyata ia tidak benar, sebagai Sitizoner, kami tidak pernah putus mendoakan Siti supaya akan cepat menimang cahaya mata. Sesungguhnya semua perancangan terbaik hanya datang dari Allah dan kita sebagai peminat akan sentiasa mendoakan kebahagian Siti Nurhaliza sekeluarga.

The speculation about Siti Nurhaliza's pregnacy is going viral today. As public figure, this news is long waiting for all Sitizoners. No confirmation yet but we are always pray for her happiness.

 Sumber : IG Siti Nurhaliza

No comments: