Nav Bar

Friday 23 October 2015

Siti Nurhaliza bermenantukan pelakon Indonesia Tya Arifin

Detik 1 November 2015 ini, anak tiri kepada penyanyi diva Malaysia, Siti Nurhaliza akan menamatkan zaman bujang. Asyraf Khalid, 23 tahun merupakan anak ketiga daripada perkahwinan Datuk Khalid yang lalu bersama Tengku Zawiyah. Asyraf bakal mengahwini pelakon baru dari Indonesia, Tya Arifin, 21 tahun. Walaupun masih muda, itu tidak menjadi hal kerana mereka kelihatan matang dan sudah bersedia ke gerbang perkahwinan. Mereka telah pun mengikat tali pertunangan pada 20 Ogos yang lepas.



Tya Arifin merupakan pelakon yang baru meningkat naik di negaranya menerusi drama bersiri Preman Pensiun. Dia dikhabarkan sudah bersedia meninggalkan popularitinya di Indonesia dan memilih bermastautin di Malaysia serta menyambung karier sebagai pelakon dan juga penyanyi di sini.

Majlis ijab qabul akan berlansung di rumah pihak lelaki bagi memudahkan urusan dokumentasi dan ini juga merupakan hasrat Datuk K lantaran beliau tidak mempunyai anak perempuan. Ini dinyatakan sendiri oleh Asyraf pada sidang media di Indonesia. Sempena ulang tahun Tya semalam, Datuk K telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah rumah untuk bakal pengantin.


Resepsi perkahwinan adat Palembang akan menjadi tema persandingan bagi pihak perempuan pada 12 November nanti. Semoga perkahwinan ini akan berlansung meriah dan penuh barakah. Adik sudah, abangnya Adib Khalid dan Izara bila pula. Jangan tunggu lama-lama, nanti di ambil orang.

On November 11, 2015, Siti Nurhaliza's stepson Asyraf Khalid were married with the young actress from Indonesia, Tya Arifin. This lovely couple are tied knot in Malaysia and will be held another reception in Palembang, Indonesia n November 12.



No comments: